Thursday, December 11, 2008

Raya aidiladha.

Ok. Meh sini saya nak cerita pasal raya Aidiladha saya. Yea yea. saya tahu. Hari ni dah khamis. Tapi xpe la kan.

Raya tahun ni mak abah sambut di Mekah. So the plan goes like semua balik raya kat kampung walaupun mak abah tak de. Baiklah.

Plan dah mula nampak macam tak kan berjalan dengan lancar bila my third sib kata xnak balik. Sibuk katanya. Baiklah.

Then, i decided to go back walaupun dah xde jiwa nak balik.

My second abg kata dia balik isnin petang. Baiklah.

Then lagi satu abang kata dia balik kedah. Baiklah.



My last abang kata dia balik ahad malam. Baiklah.



So i went like this.



Ahad tu cuma ada me, my sis sama anak2 n brada in law. Ahad malam masak-masak rendang semua. rebus nasik impit. akak saya yang masak. saya tolong2 je. saya pun tak tahu kenapa sampai hari ni saya masih xde jiwa nak belajar masak rendang. setiap kali orang masak rendang especially my kakak sure membebel suh belaja and saya mesti cakap dalam hati ..



"xpe...if nanti tetiba nak makan rendang aku browse je net cari resepi"..



kah kah kah.



Tepat pukul 1 pagi. My last abang sampai. Biasa if ada sapa2 balik especially pagi2 mcm ni, my emak akan sibuk2 sediakan tempat tido semua. buat air la..borak2 ngn diorang. But pagi ni..saya yang bangun bukak pintu. lepas bukak pintu untuk my abang,terus g sambung tido.hahahhaha...my kakak lagi gile-kejam xbangun pun.apatah lagi anak-anak sedara. Langsung xsedar andak diorang balik.



Tetiba timbul rasa kesian.



Saya bangun teman la si abang makan rendang n nasi impit. pagi2 buta sampai umah terus makan. Gila ahhh..kasi dia minum air kosong je. Tak kuasa nak masak air pepagi. dia nak air panas g la masak sendiri.kan kan..pas tu komen senyap2 rendang yang my kakak masak xsesedap my Emak masak. Xleh cakap kuat2 nanti ada orang xnak masak rendang untuk kitorang lagi.*syshhhhh....*



Isnin tu pepagi lagi my kakak dengan keluarganya balik ke klang. My abang ipar nak g buat korban kat sana. So kiranya pagi raya cuma ada saya and en faizal-my abang.



Gila tragis raya dengan dia. Bangun tido ntah dah pukul brapa. makan. Pas tu bosan tahap xleh nak cerita. Ok. Biasanya even mak abah ada pun, xde la raya haji ni meriah mana pun. It just mak abah is around and mak akan membebel bebel and bercerita pasal macam macam benda. Plus mak juga akan membebel suh anak anak dia g tolong orang buat korban.



Tapi tahun ni, bukan saja tak g sembahyang raya, malah kami hanya duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Hujan pulak tu for the whole day. perghhhh...tido je la....owh. dengan tengok TV drama melayu sempana hari raya korban. pas tu tak sabar nak tunggu ending nak tengok pelakon dia sebenarnya islam ke x sampai bunyi telefon rumah pun gaduh gaduh tak mau angkat..dapat agak x cite pa yang kitorang tengok?



Isnin tgh hari tu first abang sampai. Bawak makanan lagik. rendang kerang, daging kicap, kari ayam,kuah kacang,ketupat,ketupat pulut. banyak kan??

Pas tu makan makan. Tengok TV. Tido balik.

Dalam kul 5 lebih my last abang balik umah dia.

And lastly my second abang singgah dari kedah. Sampai dalam kul 6. So makan makan pas sembahyang maghrib kitorang gerak balik sini.

And....


Jalan Jammed...Gila gila punya jammed. Call the last brada.

me: kat mana dah??
bro: baru samapi tanjung karang. Jalan jammed gila ah..

by the time saya call tu dah dalam kul 8 lebih la. cuba bayangkan. dari kul 5 dia gerak. Kul 8 baru sampai tanjung karang. Biasa dah leh sampai umah dah kul 8 tu. hey!cepat bayangkan!!

End up sampai nilai dalam kul lebih kurang 2. So i decided untuk malas ke office esok hari nye;p

Owh tetiba teringat pulak.

Masa tengok TV dengan si opal, bila dia nampak gambar ini..


Dia terus cakap "nenek ngn atuk berada di sana la"

hahhaha..dia memang comel. atas pengaruh digimon and ultraman, dia menggunakan bahasa baku untuk berkomunikasi which sound soo sopan to us.

Saturday, December 6, 2008

yok berdansa yok.Ole!

Semenjak dua menjak ni, Cik Housemate-Justina..berusaha berlatih bersungguh sungguh untuk menari. Persembahan khas untuk Annual dinner office terchenta. Hari hari balik keja terus berlatih menari kat parking lot office. Gila xbest berlatih kat parking lot. Dah la panas tak de aircond pas tu nak menari. Habis becak satu badan. Bukan saya yang menari tapi kenapa saya menyibuk panas pulak kan.*penyibuk*

Tapi becak bukan ceritanya.


Mungkin choreographer (betul eja kan??melayu eja mcm mana eh??) yang diupah xcukup idea atau tak nak fikir pelbagai bentuk tarian sehingga Just berhempas pulas mencari step tarian sendiri. Kesian. Dah la kena berjoget.berdansa. Kena pula mendera otak dan menbrowse youtube untuk mencari step. Memang kesian.

Tapi kan...


Tapi kan....


Just memang ada bakat. dia bukan saja boleh menari. Malah....

Dia juga boleh menjadi menjadi choreographer.

Tak percaya??

Tak percaya??


Percayalah....

Tengok hasil tarian yang dicipta just...



Ahmad Kassan terus tender tau tengok "lukisan" step justina nih. (klik gambar utk besarkan). Sure leh menang sehati berdansa!! Konsep tarian..ermmmm...irama global??eh tak tak......Tarian gimnastik-angkat berat.Again klik picture. tengok betul2. LOL. **gelak guling guling sambil hentak kaki kasi orang umah bawah marah**

Sekarang Jom kita Berdansa!!!!

Yok berdansa Yok. Ole!!


*sumpah kelakar!!!mana ada org cipta step menari guna orang lidi lukis atas kertas yang dah komot2. Justina jea!!!*

Friday, December 5, 2008

mari kita sayang menyayang.

Flash back the memories.


Had a conversation with my coussie. Cerita pasal keindahan berhari raya di kampung. Tiba -tiba terungkit kisah saya masak Tom Yam tak sedap masa hari last semua orang nak balik umah tu. Tak sedap kat sini maksudnya gila gila punya tak sedap. Gaya macam orang xpenah masak-padahal tiap kali balik kampung saya masak-tiap kali semua balik jugak saya masak tomyam-sebab tomyam senang nak masak-dah SEDAP-sepatutnya la sedap. Sampai hari ni, I keep wondering apa pasal dia xsesedap biasa??Eh..Biasa sedap ke??hahahha..tapi xkesah la kan sebab biasa kalau saya masak xpenah ada orang komen seteruk nih.

Acu: Apesal tomyam ni rasa pelik??
Bang Lik: Ni Tomyam ke hape??sapa yang masak??
Anak-anak sedara-yg-dah-reti-complaint2: Achik masak tomyam xsedap. Tak de rasa apa..((tapi mcm mana korang tau achik masak tomyam??))

Gila kejam-tak reti-bersyukur kan diorang. Cesss...

Then, i told my coussie..xpe2 balik kampung 19hb ni i cover. Masak Balik. hahaha..sungguh semangat saya. Padahal masak tomyam jea.



Gambar ni tak de kaitan dengan apa di atas. cuma saya rasa abang saya comel teman adam main aeroplane;p

************************************
Cerita hari ini…..

Ber YM ngn zila :

fazila salleh (12/5/2008 10:25:40 AM): apsal ko sayang miss tang
Fazlina Mat Salleh (12/5/2008 10:29:38 AM): hahahhahah
Fazlina Mat Salleh (12/5/2008 10:29:43 AM): ko jeles ke?
Fazlina Mat Salleh (12/5/2008 10:29:47 AM): aku sayang ko jugak
Fazlina Mat Salleh (12/5/2008 10:29:50 AM): jangan risau
fazila salleh (12/5/2008 10:30:10 AM): xckp pun jeles
fazila salleh (12/5/2008 10:30:13 AM): tanya jer nape

Then I put “aku sayang ko jugak zila..jgn risau” as My YM note. Sbb I put “saya sayang miss Tang” as my MSN note. Sebab tu Zila Tanya. **jangan tanya kenapa saya letak note2 begini.panjang ceritanya. Tak larat nak taip**


Pas tu tetiba Zu letak note kat YM dia.... “Aku sayang korang juga Zila ngn Faz”........

Then I realize Leng letak “Abih..xde orang nak sayang aku ke”

Hahahahahha…Kawan Kawan saya memang comel.

Aku sayang korang semua!!!!!

Zila je gila kejam-tak de perasaan xletak balik perkataan sayang kat kitorang. kan kan??

**********************************************************

Hari ni jugak Syud kasi saya buku free. *menari kegembiraan*

Syud, I sayang u double hari ni:-)

thank youuuuuuu sooooooo muuucccchhhh….



*tak sabar nak baca*

Ur next book pas ni i sure kasi support dari tepi,kiri,kanan,depan,belakang!!!! orang biasa support dari belakang je. I support dr semua side.terharu x??

Tuesday, December 2, 2008

SILA JELASKAN.

OK. Sila jelaskan.


Biasa kami bayar RM105 per month for internet access. Streamyx.


Sila jelaskan kenapa kami kena bayar RM194.50 untuk bulan nih??


I called customer service. Mesti la kan. Tak kan saya just simply nak post in my blog without get any explaination.

Dia kata , bulan ni dia nak standardizekan bil. So dia kira double. which is for Oct and November. Apakah??

Bulan lepas kami dah bayar OK. Apakebendanye dia nak selaraskan lagi. Dia kata bulan disember semua akan kembali seperti biasa. WTH???

Maknanye kami kena bayar for October twice??atau nanti bulan disember just bayar RM26 untuk sewa. Kepala hotak kamu. Saya tak percaya kamu.

Mamat customer service tu sampai nak tegang urat agaknya expalain. But still. aku masih xpaham kenapa dia nak double for Oct and November sedangkan kami dah bayar bil for Oct. Dia nak double apakebendanya.

Last last i just say 'xpe la..nanti i call u balik. Kasi saya faham dulu what is going on"

Bincang bincang ngn leng. End up. Dua dua pun xpaham. Leng pulak nak g call customer service. Kot kot dia paham apa orang tu cakap. Yang pasti kami xkan bayar sampai kami faham apa yang terjadi.

Yang pasti juga, kami yang akan menganggung akibatnya.

By 10 of December nih xbayar bil lagi kami punya internet akan kena potong. WTH??kan kan??

tak kelakar la diorang buat macam ni.

Sila jelaskan.

** sila jelaskan mungkin juga ditujukan kepada kami. Maknanye. Sila jelaskan bil**

entry tanpa guna.

Cerita Hujung Minggu.

Sabtu.

~~ Bangun pagi. Makan. Tengok Tv. G Rajoo. Makan Roti telur RM2.40 sekeping. Balik. Tido balik. Bangun. Mandi. Makan nasik lauk sardin lin masak terpaksa makan sebab lin tak penah masak;p. siap-siap. Keluar. Balik Klang. G umah kak lah. tgk cite korea. Siap-siap. Balik Kampung. Sampai kampung. Bukak pintu. Bukak TV. Tgk sehati berdansa. Lapar. Order Burger. Makan. Akak ngn Abg Jalil Datang. Borak. Kak lah Buat Teh. Minum. Borak lagi. Minum lagi. Tengok orang gila nyanyi dangdut. Mengumpat. Akak balik. Tengok tv. Ngantuk. Tido.


Ahad.

~~ Bangun. Tengok TV. Bosan. Lapa.Kak Lah tak nak masak. kemas umah. Lipat baju. Sapu sampah. Bosan. Siap Siap. Keluar. G Sg Besar. Shopping. Makan. Balik Klang. g Umah Kak lah Tengok Cite Korea. Balik KL.


** Gila membazir kami balik kampung. Even tingkap pun kami tak bukak. hahah...mak pesan suh tengok tengok umah je.kan kan??**

******************

Hari ni dah hari selasa. Apa kes nak cite pasal weekend ntah.