Saturday, July 11, 2009

BERKERJA DIHUJUNG MINGGU SAMBIL MENDENGAR LAGU MICHEAL JACKSON.

Yeay. Berzaman tak Update.Sibuk la konon. Sibuk ke??



Now im working dihujung minggu. Ahad pun kena kerja la. Memang x cool langsung.



Ni tengah kerja di hari sabtu sambil layan lagu micheal jackson. Dulu masa dia hidup xpenah pun perasan which one is his songs. owh..ok except for billy jeans sebab David cook sang this song masa kat AI dulu.Ka ka ka....Last week when MTV n Channel V keep repeating " Micheal Jackson Memorial" like 10 times a days, lagu dia pun dah macam haunted kat kepala otak aku sekarang.







Waktu gambar ni di ambil, aku tak kenal pun sapa micheal jackson.

Ini serious.

NotaKaki: Berfikir. Esok nak datang ke taknak.

Tuesday, June 16, 2009

Fraud call.

Actually benda ni dah lama dah jadi. and again tak tau kenapa mood untuk blogging memang la sangat tak de.

I malas nak taip la tapi.. korang refer kat sini..

Huzaifah A.K.A 3p4h... cari title panggilan hangat.



**Huzaifah akak borrow blog..hahaha..malas nak taip la...



notaKaki: sedang saya menaip entri ini..i received a call untuk interview.AGAIN.*sigh*

Friday, April 24, 2009

publish post.

This pics dah ada dalam draft berzaman dah. Tapi tak tertekan-tekan klik kat publish post. Ok sekarang aku akan tekan button post tanpa tulis apa apa capture kat gambar-gambar ni.













* publish post*



Saturday, April 18, 2009

Durian dari Hotfm

Semalam masa ita balik umah she called me and told me ada shipment untuk saya from TV3. apa benda yang TV3 hantar??xkan offer letter kot.keh keh keh...mesti la bukan.

So today i asked the courier person to resend since semalam tak da sapa kat rumah kan. Nak tau apa yang diorang hantar??


Tara...............




Cek dari Hotfm. Rm100+ RM30 kad italk. Sila rujuk sini:



Dah berbulan bulan sampai sudah dilupakan perkara ini. But they still send the cheque. Ini sangat cool. walaupun this few days tersangat la panas. Serius. sangat panas ok. rasa macam nak mandi setiap 30 minit.

Dapat duit. Yay. eh eh..Alhamdullillah.

Bulan ni bulan untuk OT setiap sabtu. Tak pe la even g office main game or tengok youtube pun, janji keje siap sapa kesah kan.

bye.


Wednesday, April 15, 2009

Gaya Sinchan Sejati.

Balik kampung masa kenduri kawin memang merimaskan bila semua orang tanya bila nak kawin. Kenapa la nak disoal soalan budak sekolah tadika tu??kan dah kata kena tunggu jusco sale tahun depan untuk cari calon. Tak pun kena la tunggu warehouse sale ke atau jualan terus dari gudang ke, tunggu ada kupon2 percuma mcm beli satu percuma satu ke, set percuma makan tengah hari ke Susah sangat ke nak faham?? *keireu hdsagdyegm boirtuuywehsd bhiadymsshoi kihydstbsi..haa..ni dalam bahasa jerman. Paham x??* isk isk isk..xfaham lagi??xpe la..abaikan.




Ni sengaja je nak letak gambar kenduri kawin jiran sebelah umah hari tu..bukan ada apa yang menarik pun, saja-saja je nak letak sebab orang selalu kata pictures tell a thousand words. Nak gak uji berapa thousands words yang gambar ni boleh ceritakan.



Tengok pengapit pengantin duk lap peluh sendiri. ada la macam dia apit diri sendiri..



Baling gula-gula.Tempat korang ada budaya ni x??sian budak2 ni nak rebut...g je la beli dik.Adam, ira, ika...achik kata g beli lah!



Ok..korang teka mamat ni tengah buat apa??
Clue : Ini bukan tarian naga.

-

--

Ni entry yang tidak berkaitan dengan cerita di atas.

Ada sebijik jerawat gatal at my face. Ia sungguh menjengkelkan. Ini cerita betul tak tipu jerawat ni memang betul-betul jerawat gatal. Gatal gila macam baru lepas kena gigit nyamuk. Korang ingat jerawat gatal apa??hish…jerawat gatal cam tu zila je yang banyak.hahahha…

Sorry lah zila..aku masih belum boleh update pasal keterujaan ko dengan dangdut amalina since bahan bukti masih belum sampai kat tangan aku. Kita tunggu sama-sama ok.


Dan aku pun tak tau kenapa aku suka sangat mengata ko dalam blog aku. Mungkin sebab ko xrajin update blog ko so ko xleh nak kutuk aku kot.

Ok. Bye.


Eh..eh…tadi ada new staff masuk. They said he is from china… when CS come and introduce us.. he suddenly said

“Gembira jumpa awak..”

Dalam nada sinchan yang sangat skema sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Ini serius.

Thursday, April 9, 2009

Lelaki kacak berwarna-warna teruja dengan dangdut amalina.

Yang korang teruja ngan tajuk entry ni apesal?
-
-
-
-
-
Finally...

Akhirnya kini pasti i subsribed my broadband!! selamat tinggal kepada 3months-nonfunctional-streamyx. G masuk muzium lah!!!!

Tapi........


When u already get used with streamyx-masuk-muzium, rasa broadband ni lembab cam nak terjun balkoni la pulak. jangan harap la nak tengok Youtube. if nak tgk One tree Hill ,nak tunggu sampai part Lucas look charming bila putus cinta memang bercinta habis la. Baik g OT kat office pas tu crack net tengok Lucas. *eh!eh!..mana ada SELALU buat cam tu. Bila Lucas look charming je.* NOTE : LUCAS SENTIASA CHARMING. SEKIAN. Bos halalkan duit OT saya yea. *Bos tau ke halal tu apa??no...no!!!its not money without pork lah!*


Owh lupa nak bagitau. Im using Celcom broadband. Bak kata Zila. Sila terus Loyal pada celcom. Tapi celcom broadband xprovide lagi modem yang ada gambar lelaki kacak ada warna-warna. *kecewa* leng nanti ko amik maxis broadband yang ada lelaki kacak warna-warna kasik aku pinjam eh. bawak tido.eh napa aku nak bawak tido nih??heyy..


** esok kena balik kampung. Ada orang mau kawin lagi. Did i tell u kat kampung tu at my age cuma dua orang je tak kawin lagi. owh...kenalah g uptown shah alam then beli t-shirt "saya mau bercinta" cam ni. kah kah kah.**


Later later i update bout zila yang mula-mula muka boring xleh bla terus teruja dengar suara merdu amalina dan tanpa teragak-agak menyumbangkannya. Teruja x?

Wednesday, February 11, 2009

interview lagi.

Rasanya sekejap je masa berjalan. Bulan 5 ni almost 2 years I work here. Setiakan??

My first job after graduated.

Jumaat ni ada interview. Berdebar gile..lama x g interview..

Ada 2 skali. Satu kat KLCC..satu kat mid valley..pandai x saya cari tempat interview?? Lepas interview kalau bengang je ngan orang yang interview tu..leh g shooping..kalau suka sebab dapat keje tu pun….leh g shopping…hahahahhah..

Hopefully this one will give me good result…Higher salary…dan…memandangkan ekonomi sekarang yang sangat-sangat tak stabil..hopefully company ini antara yang stabil dan boleh survive dengan semua tekanan yang ada. Amin…


P/s: saya dah apply leave untuk g interview..yay!!



group photo for tax department..cuba cari mana bos??hahhaha...
**saja saja letak gambar ni denagn mood nak dapat keje baru..amin**

Tuesday, February 10, 2009

Lama sangat

Dah lamaaaaaaaaaaaaaaa sangat xdapat update blog nih…*sad sad*


Untuk Makluman internet di ofis dah kena blok and the new bloody-stupid-lazy-crazy-fool management of vista dah xnak angkat telefon to answer bout our internet status at vista. * kami masih ada kontrak 2 tahun..xleh terminate.ingat itu!*


Owh

Untuk makluman juga….now im using net yang telah di crack untuk curi curi masuk net di office. Xde la cool sangat. Boleh la setakat nak baca paper…pas tu on YM yang kadang kadang teroff sendiri and kadang-kadang dia xappear apa2 if ada orang reply..but hey…I still can access net.. itu yang penting…


Got to go.. Sebab tak ramai yang tau saya leh access net di ofis nih..nanti kantoi..

Thursday, January 15, 2009

Datin-Drama-Melayu

Di sebabkan terlampau asyik dengan drama tempatan, saya terperasan satu benda…

Situasi satu:

Orang gaji a.k.a pembantu rumah : Datin nak minum??saya buatkan air…
Datin/Tuan Rumah/Bos : yea. FRESH OREN.hantar kat depan. (dengan gaya berlagak dan mekap tebal xleh bla.)

Disambung dengan muka-muka ketat orang gaji sekiranya orang gaji itu adalah makcik-makcik atau orang melayu. Dan muka-muka takut orang gaji sekiranya orang gaji itu orang Indonesia.

Situasi Dua:

Di sebuah restoran yang nampak macam eksklusif.

Pelayan/Waiter/Tukang amik order : Can I take ur order please?? / Nak order apa??
Pelakon drama melayu : ORANGE JUS…..


Nampak tak ??kenapa mesti orange jus.fresh orange???kenapa??dalam banyak2 air , orange jus ni dah macam air-drama-melayu.


Hasilnya…

Pagi-pagi lagi saya dah teringin orange jus/Fresh orange. Hahaha…saya kan mudah terpengaruh.hahahaha.pas ni kalau g makan nak order orange jus lah. Baru la ada gaya datin-drama-melayu.


eh..yang ni mana ada gaya datin-drama-melayu. Mamak kat bawah umah pun ada.


ha..yang ni baru betul

Wednesday, January 14, 2009

Harga Kicap Melambung Naik.

When people keep talking bout harga barang naik la..apa la...saya macam tak de la kesah sangat. Setakat nak makan sorang apa la sangat kan. Beli maggi, telur 10 bijik seminggu, kira hidup la dah.


But

Semalam after work pegi la kedai uncle kat bawah umah tue. Nak beli kicap. I was like OMG!!! Kicap Tamin harga RM3.50???sejak bila???2 bulan lepas bukan RM2.90 ke??..sebulan sebelum tu RM2.70. Beberapa bulan before tu RM2.10.Masa high school dulu RM1.80. Kenapakah harga ini sentiasa naik secara selari nih?? See the increment?? In few months jea dah naik macam tu skali.Apa yang lagi suprising, kicap kipas udang yang hijau tu RM3.90???OMG!!!nasib la saya tak makan kicap tu...cuba bayangkan kalau yang ada anak 5 orang pas tu nak makan nasik kena tuang kicap gaya tuang kuah sup. Tuang sampai banjir nasik tue. Seminggu kena beli sebotol kicap. Sebulan brapa?? Tu baru kicap..benda lain lagi.

Ironiknya, masa g gaint nak beli barang tuk misi tersembunyi, ada la tengok kicap kat sana. But tak nak beli sebab harga dia RM3 ++, dengan anggapan mahal.ambik kau beli kat kedai uncle lagi mahal. Ces.

Apa yang saya emo hanya dengan harga kicap pun aku tak tau. Hahahaha...

Tapi mari kita meneutralkan diri,

Here i wanna put something...see the pic...(click for enlarge). Cuba cari apa yang kelakar.



Kami terdapat sebarang kesilapan??what the....

Hish hish....tak baik Faz..kan dia dah kata there’s some grammar mistakes. Tak baik gelakkan orang.

Tapi Im not going to reveal who wrote this. Nanti kena pecat. Kan bos kan???

Agak-agak my bos baca tak my blog?

-
-
-

Emak called. Bertanyakan hal yang sudah dilupakan. Kenapakah? Terbang segala mood nak cuti for Chinese New Year.

Monday, January 12, 2009

Mari meniaga di flea market.

Selepas beria2 si just and ita merancang nak g mandi air terjun on sunday, end up dua-dua bangun lambat and geng mereka dah g dulu sebab just tido mati tak angkat tepon.hahah...

End up on sunday g merayap kat amcorp tengok barang-barang kat flea market. VCD yang ntah tahun bila punya pun ada orang jual. But one thing yang saya perasan sana ada banyak kedai yang jual toys. Dari transformers, star wars , star trek.Macam macam la..harga dia pulak ada yg lebih murah dari kedai-kedai biasa. Banyak jugak old books yang di jual dengan harga Rm5-RM10. Tapi on that day saya tak beli apa pun sebab misi utama bukan lah untuk ke flea market;p


Balik je rumah Leng pun beria nak meniaga kat flea market. Sebab sewa dia agak murah. RM30 per day on saturday. RM50/day on sunday.Meja semua dia sediakan.

Ni one of her mum collection yang dia nak jual. Very old and classic sharpener. Ada sapa2 yang berminatt??can give me a call. supaya i can get komisen. hahahhahaha...


Comel x??abaikan saidina yang dah lusuh tu. Itu bukan untuk dijual.

Sejak ketiadaan internet ni ,macam-macam aktiviti yang kami buat untuk menghiburkan hati sendiri kat rumah. Walaupun kat rumah ada astro, malas la saya nak berebut remote ngan housemates, sebab kalau saya yang pegang sure jadi gaduh sebab saya suka tukar2 channel. Plus astro punya cerita, sehari 3/4 kali dia ulang. Especially channel 808/809 yang kononya untuk menghargai pelanggan, asyik2 lost...roswell..layang-layang....x-files....apa lagi? ada la 3/4 lagi.

Malam tadi kami betul2 menemui jalan buntu untuk mencari kegembiraan. Akhirnya kami bermain ini.


SAIDINA!!

Kesian x??hahaha..ita lagi kesian sebab dia xpenah main saidina dari kecik sampai besar.
Eh...
Ada lagi satu la benda yang leng nak jual..


Ni ha.. Bobby dgn mashimaro dua wajah. siap pakai baju n seluar baby. korang nak?

Saturday, January 10, 2009

Peak Semula+Untuk Perhatian Huzaifah

Peak period kembali lagi.

Saya kena berkerja untuk sabtu ahad . Need to rush all june cases since we will have a looong holiday for this coming Chinese New Year. Officially the holiday will start on 24 of january until 2 Feb 2009. lama kan??. But as pay kena la kerja sampai muntah. heh.

One of good thing pasal office nih, if u work for weekend lunch will be paid by bos. hahahha...
And its always be this.


Mcdonalds..tukar-tukar dengan pizza. So sepanjang bulan ni until chinese new year,tak perlu la menjenguk pizza or MCD.

Eh..

Kan ke dah kena banned MCD sebab diorang ada taja Israel. So JANGAN la jenguk MCD. *oit..delivery pun x boleh!!* yang makan kat office ni kira macam mana pulak nih??takkan nak suruh diorang delivery nando's pulak?? **insert emoticon yang tgh usap2 dagu*

-------------------------

untuk perhatian Huzaifah A.K.A 3p4h:

Berapakah harga modem celcom yang comel itu?? macam berminat jea...ko buat bisnez ni pulak eh???

Adakah ko masih pakai no phone yang sama??

Any website yang leh g untuk tengok modem celcom korang yang comel tu?? don't say its http://www.celcom.com.my/ sebab tak kelakar.;p

Any detail?? ni kira potential customer nih:-)

P/s : cik coussie : A.K.A=also known as.

Monday, January 5, 2009

Block Membencikan.

Masih lagi hal internet.

Hal internet kat rumah masih lagi belum selesai. Masih lagi bersoal jawab pasal siapa yang nak ganti kabel streamyx tu.

what make my day become worst, office pulak nak BLOCK internet!!! benci!!!!

Mereka seolah-olah mengambil seluruh kehidupan sosial saya!!OMG.tolong!!

Nasib baik hari ni IT guy yang ada tu tak berapa nak bijak. Dia dah berjaya memblock net hari sabtu lepas but pagi ni ramai yang complaint xboleh masuk server lah, ada fail yang hilang lah. Jadi terpaksa la dia unblock balik net nih untuk sementara. Tapi hanya SEMENTARA. Sementara dia cari macam mana nak memBLOCK internet ini tanpa sebarang masalah.

BENCI.

Weekend hari tu dah shooping dengan gaya yang agak melampau. Gaji tak masuk lagi. kenapa saya shopping sampai tahap yang agak melampau?huh.

**dah la nak block internet. Gaji selalu masuk lambat. Gila.

Friday, January 2, 2009

Ini dia kebodohan Customer Care TM

Nak dengar pasal kebodohan Customer Care Support TM x??

Note : Zila ko tak boleh marah kami, ko kan assitant manager bukan customer service kan kan??


Memandangkan customer service yang jawab telefon suruh email pasal hal internet kami yang tak sudah-sudah nih, so cik leng pun g la email customer care kat help@tm.com.my . Lepas email dalam 2 minggu jugak la nak tunggu diorang balas.

ok.

Ni email leng.

Dear TM,

I am one of the few who have suffered in Vista Angkasa due to phone cable/plat theft. I have not been able to use the house phone and internet since the 10th of December 2008. I feel that it is burdensome to us to have already paid for the services and not being able to use it. I have called your Customer Service and wanted to terminate the subscription to Streamyx since we are told that repairing and replacing works will not start until next year. Your Customer Service mentioned that in most cases similar to this one, rebates will be given to those who are affected. I need a confirmation from TM before I make my decision, together with other residents, on whether to terminate the telephone and internet service from TM or stay on with the hope that prompt actions will be taken to help us.



Yours faithfully,
One of The Residents



Nak tau apa yang customer care support tu balas?? bagus kan service diorang. diorang balas la email. mana ada diorang memandang enteng hal-hal macam nih.

Dear Sir / Madam,

Thank you for bringing this matter to our attention.

We write in response to your e-mail dated 19th Dicember 2008 pertaining to the matter above.

We regret to inform you that we are unable to assist you further due to lack of information. The given account number cannot be access in our system. You might give the wrong number. We would appreciate if you could provide us the details below:

1. Streamyx / Telephone account number
2. User name
3. Account holder's name
4. Contact number
5. I/C number

For further assistance or feedback, kindly e-mail us at: help@tm.com.my.
Alternatively, you may also contact TM at 100 and select "Internet Services".

Thank you.


Regards,
Muhamad Azrin Bin Siyon
Customer Care Support



Sekarang korang cari dalam email yang leng hantar tu.apa account number yang dia bagi?

Kalau dia tulis ..you not attach ur account number so we cannot access ur account...ada la logik dia...

Kesimpulannya, dia just copy paste je ntah dari mana-mana punya email,hantar kat customer yang dia fikir bodoh tu. Eh En muhammad Azrin..ingat kami xde otak ke??atau u salah copy and paste??


Nasib kami masih ada contract setahun so tak boleh nak terminate. huh.

Kita boleh report kat tribunal pengguna ke eh??

16 perkara.

Ok. Syud Tagged saya lagi.

Kali ni panjang gila...kalau sapa-sapa yang cepat bosan. Sila jangan baca.

here the rules.

Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal

4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi
-----------------

16 perkara pasal saya :

1) Saya baru je lepas bangun dari melelapkan mata sebab penat berjalan semalam sewaktu Syud bagitau dia telah mengTagged saya.

2) Saya tidak mempunyai ramai kawan. Ramai panggil saya anti-sosial. Hakikatnya saya memang tak ramai kawan. Mungkin sebab saya tak suka atau tak akan bercakap dengan orang yang saya tak kenal. Sebagai contah : Di komuter/LRT kalau ada orang yang cuba bertegur sapa saya akan pura-pura tak dengar. Sebagai persedian saya akan membawa buku dan juga memakai headphone. Walupun kadang kadang saya hanya pura-pura membaca buku dan tiada apa-apa lagu pun diheadphone saya.

3) Saya memang suka memasak. Ironiknya, saya hanya akan masak masakan yang saya pandai masak sahaja. Agak berat dan agak malas saya nak belajar masakan baru. Masakan yang ‘saya pandai masak sahaja’ itu saya belajar tanpa saya sedari. Sedar-sedar saya dah pandai masak masakan tersebut. Kelebihan yang saya ada, saya pandai mencanpak benda di dalam kuali dan menjadikan ia sebagai masakan.

4) Saya ada abang yang sangat rajin membuat kek, muffin dan juga roti. Hasilnya saya TIDAK penah terniat untuk belajar membuat kek,muffin atau roti dengan alasan sekiranya bakal suami saya nak makan kek,muffin or roti, saya akan order saja daripada beliau, senang. Order sahaja tak perlu bayar.

5) Pengalaman pertama duduk di asrama adalah sewaktu di matrikulasi, Kedah. Setahun di kedah membuat saya konon-kononnya bosan belajar di kawasan yang agak jauh dari Bandar (bayangkan kami kena naik bus selama lebih kurang sejam untuk sampai ke Alor Setar dan kadang-kadang bus yang kami naiki boleh Nampak jalan raya hanya dengan melihat ke lantai).
Saya mengambil keputusan untuk memohon belajar di Universiti yang tidak berada dikawasan yang agak jauh dari bandar.
Ternyata hajat tersebut tercapai bila saya dapat belajar di UM. Tetapi saya mula merindui Kedah bila belajar di UM.

6) Kalau nak tido saya suka tutup telinga dengan bantal walaupun keadaan sunyi sepi. Kalau saya tak tutup telinga memang saya tak kan tido. Kalau ada satu bantal sahaja,saya akan guna untuk tutup telinga dan tido tidak berbantal.

7) Saya mempunyai anak sedara yang dah besar dan kami mempunyai saiz yang sama. Selalunya saya akan mengepow baju mereka sekiranya ada majlis rasmi yang perlu saya hadiri kerana Ibu mereka iaitu kakak saya gemar membuat baju pelbagai fesyen untuk mereka dan memandangkan mereka masih belajar kemana saja mereka hendak menggayakan baju-baju tersebut? Baik saya pakai dari membazir kerana mereka sentiasa membesar dan membesar. Nanti dah tak muat nak pakai.

8) Semua anak sedara saya memanggil saya sebagai Achik instead of Acu/Usu walaupun saya anak bongsu. Emak saya yang suruh panggil saya begitu. Ditambah pula kawan-kawan mereka dan juga sepupu-sepupu (sebelah ayah/ibu mereka) akan memanggil saya dengan gelaran ‘achik’ dan kadang-kadang ‘makcik’ dan membuat saya kedengaran seperti berusia 20 tahun lagi tua. Sebab saya selalu dengar orang berkata “gaya kamu seperti makcik”, “kamu tua seperti makcik”. Atau ‘achik sebelah rumah tu’..merujuk kepada jiran yang berusia 40 tahun dan ke atas kerana yang lebih muda mereka akan kata “akak sebelah rumah tu”. kenapa meraka tak kata " Angah/along/andak/alang sebelah rumah"?? kenapa mesti achik??

9) Kawan-kawan saya kata bertuah lelaki yang jadi BF saya. Kerana saya tidak suka coklat dan saya juga tidak suka bunga. Shopping juga hanya bila perlu dan keinginan untuk shopping itu membuak-buak. Saya juga tidak suka makan diluar/dikedai kerana saya rasa saya masak di rumah lagi sedap dari makan di luar. Tetapi mereka tidak tahu bahawasanya BF saya nanti akan sengsara sebab saya sangat suka sama gadjets yang harganya berkali lebih mahal dari harga coklat dan juga bunga.

10) Saya agak rajin dalam perihal mengemas rumah tetapi saya sangat malas dalam hal mengemas kain baju. Basuh baju, kemas baju, lipat baju, jemur baju adalah perkara yang seboleh-bolehnya saya elak sewaktu balik ke kampung. Siapa yang ada kelapangan boleh jenguk almari saya. Tengok macam mana baju saya disusun.;p

11) Saya suka membaca buku/majalah/surat khabar dari belakang. Kadang- kadang saya akan membaca secara “lompat-lompat”. Bukan. Bukan sambil melompat. Maksud saya mula mula saya akan baca belakang lepas tu tengah lepas tu depan pas tu tengah balik. Lepas tu saya akan anggap saya dah faham keseluruhan cerita tersebut.

12) Kalau tengok TV saya memang anti kepada iklan walaupun iklanlah yang menyebabkan stesen TV dapat duit dan membolehkan mereka membeli cerita yang best untuk ditayangkan. Tapi saya masih benci iklan. Terutamanya iklan Dafi yang kunyah chewing gum lepas tu lekat kat kayu lepas tu cucuk masuk longkang amik kunci. Padahal, kunci tu dekat dan besi longkong tu boleh dibukak. Hasilnya, saya akan sentiasa menukar cerita sampai semua orang yang tengok TV dengan saya akan bengang.

13) Di kampung saya mempunyai jiran yang sangat cool. Dia memang the best neighbour ever. Sebab kalau rumah saya ada kenduri dia akan menolong sampai tak tido malam. Jadi bila dia sudah tak tido, saya boleh tido dengan nyenyak.

14) Saya selalu terlupa untuk membayar PTPTN setiap bulan. Kadang-kadang saya pura-pura lupa. Biasanya saya kan teringat masa tengah-tengah bulan bila duit di dalam bank hanya cukup untuk belanja sampai gaji bulan depan. Jadi saya kan fikir ‘takpe la gaji nanti baru bayar”. Dan bila gaji saya kan terlupa lagi.

15) Saya jarang simpan cash yang banyak di tangan. Biasanya hanya akan ada less than RM200 dalam purse saya kerana saya takut beg saya akan di ragut atau diperas ugut. Jadi saya memang SELALU kena ke ATM untuk mengeluarkan duit.

16) Saya rasa antara KL-Nilai-Port klang adalah sangat dekat. Kenapa orang hairan saya boleh berulang alik antara 3 tempat ini dalam sehari saya pun tidak tahu.

- Saya tagged semua orang.


**penat nak fakir nih**