Ok. Syud Tagged saya lagi.
Kali ni panjang gila...kalau sapa-sapa yang cepat bosan. Sila jangan baca.
here the rules.
Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi
-----------------
16 perkara pasal saya :
1) Saya baru je lepas bangun dari melelapkan mata sebab penat berjalan semalam sewaktu Syud bagitau dia telah mengTagged saya.
2) Saya tidak mempunyai ramai kawan. Ramai panggil saya anti-sosial. Hakikatnya saya memang tak ramai kawan. Mungkin sebab saya tak suka atau tak akan bercakap dengan orang yang saya tak kenal. Sebagai contah : Di komuter/LRT kalau ada orang yang cuba bertegur sapa saya akan pura-pura tak dengar. Sebagai persedian saya akan membawa buku dan juga memakai headphone. Walupun kadang kadang saya hanya pura-pura membaca buku dan tiada apa-apa lagu pun diheadphone saya.
3) Saya memang suka memasak. Ironiknya, saya hanya akan masak masakan yang saya pandai masak sahaja. Agak berat dan agak malas saya nak belajar masakan baru. Masakan yang ‘saya pandai masak sahaja’ itu saya belajar tanpa saya sedari. Sedar-sedar saya dah pandai masak masakan tersebut. Kelebihan yang saya ada, saya pandai mencanpak benda di dalam kuali dan menjadikan ia sebagai masakan.
4) Saya ada abang yang sangat rajin membuat kek, muffin dan juga roti. Hasilnya saya TIDAK penah terniat untuk belajar membuat kek,muffin atau roti dengan alasan sekiranya bakal suami saya nak makan kek,muffin or roti, saya akan order saja daripada beliau, senang. Order sahaja tak perlu bayar.
5) Pengalaman pertama duduk di asrama adalah sewaktu di matrikulasi, Kedah. Setahun di kedah membuat saya konon-kononnya bosan belajar di kawasan yang agak jauh dari Bandar (bayangkan kami kena naik bus selama lebih kurang sejam untuk sampai ke Alor Setar dan kadang-kadang bus yang kami naiki boleh Nampak jalan raya hanya dengan melihat ke lantai).
Saya mengambil keputusan untuk memohon belajar di Universiti yang tidak berada dikawasan yang agak jauh dari bandar.
Ternyata hajat tersebut tercapai bila saya dapat belajar di UM. Tetapi saya mula merindui Kedah bila belajar di UM.
6) Kalau nak tido saya suka tutup telinga dengan bantal walaupun keadaan sunyi sepi. Kalau saya tak tutup telinga memang saya tak kan tido. Kalau ada satu bantal sahaja,saya akan guna untuk tutup telinga dan tido tidak berbantal.
7) Saya mempunyai anak sedara yang dah besar dan kami mempunyai saiz yang sama. Selalunya saya akan mengepow baju mereka sekiranya ada majlis rasmi yang perlu saya hadiri kerana Ibu mereka iaitu kakak saya gemar membuat baju pelbagai fesyen untuk mereka dan memandangkan mereka masih belajar kemana saja mereka hendak menggayakan baju-baju tersebut? Baik saya pakai dari membazir kerana mereka sentiasa membesar dan membesar. Nanti dah tak muat nak pakai.
8) Semua anak sedara saya memanggil saya sebagai Achik instead of Acu/Usu walaupun saya anak bongsu. Emak saya yang suruh panggil saya begitu. Ditambah pula kawan-kawan mereka dan juga sepupu-sepupu (sebelah ayah/ibu mereka) akan memanggil saya dengan gelaran ‘achik’ dan kadang-kadang ‘makcik’ dan membuat saya kedengaran seperti berusia 20 tahun lagi tua. Sebab saya selalu dengar orang berkata “gaya kamu seperti makcik”, “kamu tua seperti makcik”. Atau ‘achik sebelah rumah tu’..merujuk kepada jiran yang berusia 40 tahun dan ke atas kerana yang lebih muda mereka akan kata “akak sebelah rumah tu”. kenapa meraka tak kata " Angah/along/andak/alang sebelah rumah"?? kenapa mesti achik??
9) Kawan-kawan saya kata bertuah lelaki yang jadi BF saya. Kerana saya tidak suka coklat dan saya juga tidak suka bunga. Shopping juga hanya bila perlu dan keinginan untuk shopping itu membuak-buak. Saya juga tidak suka makan diluar/dikedai kerana saya rasa saya masak di rumah lagi sedap dari makan di luar. Tetapi mereka tidak tahu bahawasanya BF saya nanti akan sengsara sebab saya sangat suka sama gadjets yang harganya berkali lebih mahal dari harga coklat dan juga bunga.
10) Saya agak rajin dalam perihal mengemas rumah tetapi saya sangat malas dalam hal mengemas kain baju. Basuh baju, kemas baju, lipat baju, jemur baju adalah perkara yang seboleh-bolehnya saya elak sewaktu balik ke kampung. Siapa yang ada kelapangan boleh jenguk almari saya. Tengok macam mana baju saya disusun.;p
11) Saya suka membaca buku/majalah/surat khabar dari belakang. Kadang- kadang saya akan membaca secara “lompat-lompat”. Bukan. Bukan sambil melompat. Maksud saya mula mula saya akan baca belakang lepas tu tengah lepas tu depan pas tu tengah balik. Lepas tu saya akan anggap saya dah faham keseluruhan cerita tersebut.
12) Kalau tengok TV saya memang anti kepada iklan walaupun iklanlah yang menyebabkan stesen TV dapat duit dan membolehkan mereka membeli cerita yang best untuk ditayangkan. Tapi saya masih benci iklan. Terutamanya iklan Dafi yang kunyah chewing gum lepas tu lekat kat kayu lepas tu cucuk masuk longkang amik kunci. Padahal, kunci tu dekat dan besi longkong tu boleh dibukak. Hasilnya, saya akan sentiasa menukar cerita sampai semua orang yang tengok TV dengan saya akan bengang.
13) Di kampung saya mempunyai jiran yang sangat cool. Dia memang the best neighbour ever. Sebab kalau rumah saya ada kenduri dia akan menolong sampai tak tido malam. Jadi bila dia sudah tak tido, saya boleh tido dengan nyenyak.
14) Saya selalu terlupa untuk membayar PTPTN setiap bulan. Kadang-kadang saya pura-pura lupa. Biasanya saya kan teringat masa tengah-tengah bulan bila duit di dalam bank hanya cukup untuk belanja sampai gaji bulan depan. Jadi saya kan fikir ‘takpe la gaji nanti baru bayar”. Dan bila gaji saya kan terlupa lagi.
15) Saya jarang simpan cash yang banyak di tangan. Biasanya hanya akan ada less than RM200 dalam purse saya kerana saya takut beg saya akan di ragut atau diperas ugut. Jadi saya memang SELALU kena ke ATM untuk mengeluarkan duit.
16) Saya rasa antara KL-Nilai-Port klang adalah sangat dekat. Kenapa orang hairan saya boleh berulang alik antara 3 tempat ini dalam sehari saya pun tidak tahu.
- Saya tagged semua orang.
**penat nak fakir nih**
Friday, January 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment