Situasi satu:
Orang gaji a.k.a pembantu rumah : Datin nak minum??saya buatkan air…
Datin/Tuan Rumah/Bos : yea. FRESH OREN.hantar kat depan. (dengan gaya berlagak dan mekap tebal xleh bla.)
Disambung dengan muka-muka ketat orang gaji sekiranya orang gaji itu adalah makcik-makcik atau orang melayu. Dan muka-muka takut orang gaji sekiranya orang gaji itu orang Indonesia.
Situasi Dua:
Di sebuah restoran yang nampak macam eksklusif.
Pelayan/Waiter/Tukang amik order : Can I take ur order please?? / Nak order apa??
Pelakon drama melayu : ORANGE JUS…..
Nampak tak ??kenapa mesti orange jus.fresh orange???kenapa??dalam banyak2 air , orange jus ni dah macam air-drama-melayu.
Hasilnya…
Pagi-pagi lagi saya dah teringin orange jus/Fresh orange. Hahaha…saya kan mudah terpengaruh.hahahaha.pas ni kalau g makan nak order orange jus lah. Baru la ada gaya datin-drama-melayu.




No comments:
Post a Comment