Cepat sungguh sudah hari ahad.
Saya pergi menonton James Bond hari ini. Quantam of solace (betul ke tajuk dia??). Bosan sungguh saya rasa cerita itu. sehingga saya menguap lebih dari 10 kali. Barangkali saya sahaja yang tidak berminat dengan cerita seperti itu. Habis semua kereta yang cantik dan berkuasa tinggi digunakan untuk melanggar dinding dan juga dicampak ke gaung. sungguh tidak patut saya rasa.tetapi saya suka lagu temanya:p
sampai dirumah, secara kebetulan ita membuka Hot Fm. Jarang sekali kami mendengar radio semasa di rumah. Mengapa hari ini mereka membuka radio, saya tidak dapat mengenal pasti. Secara tiba tiba nama saya disebut oleh suraya (dj yang bertugas hari itu) untuk menunaikan lagu yang saya minta. Owh, jangan salah sangka. Saya bukanlah jenis yang suka meminta minta. Apatah lagi lagu-lagu yang boleh saya download dari internet saja. Tidak perlu menyusahkan mereka untuk memainkan lagu saya di radio. ulangan. saya jarang mendengar radio. Apa yang pasti saya menghantarkan permintaan itu kerana katanya siapa yang menghantar menggunakan akaun streamyx akan mendapat RM100. dari saya membuang masa bermain internet tanpa hala tuju ada guna juga saya meminta lagu. itupun setelah berhempas pulas mengingatkan kembali id akuan streamyx kami.saya juga tak pasti sama ada akan menerima duit tersebut atau tidak.hahahaha....walaupun apapun terima kasih kepada suraya kerana memilih lagu Falls for you untuk dimainkan. terhibur juga saya petang ini;p
Saya perlu menggosok baju untuk ke office besok. owh,besok perlu ke office.
Sunday, November 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment