Tuesday, November 18, 2008

katakan tak nak!!

Semenjak bertegur sapa dengan alam pekerjaan ini, berat badan saya sangat menakutkan memberangsangkan. Sungguh merisaukan. Sungguh juga menakutkan sekiranya ada mulut mulut yang tak berbayar menyatakan badan anda seperti wanita ber-anak 2. Owh kenapa mesti ber-anak 2??bagi la 4 ke,5 ke, supaya banyak sedikit insan yang boleh menjaga saya ketika saya tua nanti. sekiranya 2 sahaja apa yang akan terjadi sekiranya salah satu menantu tidak mahu menjaga?? kesian anak saya yang seorang lagi.'hey,berenti berangan'.


Okay.


Saya ingin mengumumkan di sini, bahawa secara rasminya hari ini kami, (saya dan lin) akan memulakan kempen 'say tak nak to nasi!!'.



Say Tak Nak!!!! (sambil menelan air liur)


katakan YA!!!!! (sambil berfikir..boleh ke??)

Berapa lamkah kempen ini akan bertahan??

Antara cubaan yang pasti akan menyerang;

-1) Ita akan masak nasi walaupun saya sudah masak mee atau apa saja untuk dinner. Owh di tambah juga dengan lauk pauk yang tak seberapa tapi menggoda. How???

Akan cuba bertahan dan berfikir salad dan mee saya lagi enak.

2) Membeli nasik lemak Pak cik Kembara Untuk Eder pepagi. How come xbeli untuk diri sendiri?

Xpe. Saya akan beli cekodok pisang dia sahaja.

**saya rasa ini sahaja syaiton yang paling besar .


Tak pe. Usaha tangga kejayaan. Sekurang kurangnya saya berniat untuk kebaikan. Chey.



No comments:

Post a Comment