Subuh pagi tadi mak saya called. Dia kata mereka akan bertolak ke Mekah dari Madinah jam satu petang masa tempatan.
Apa yang merisaukan kami adik beradik, katanya abah kami diserang demam selsema di sana. Abah biasa kalau demam memang teruk, Tak kira la selsema ke, demam panas ke. Memang akan teruk. Mak kata malam tadi abah tak larat bangun untuk ke masjid. Nasib baik ada Pak cik teman sebilik abah yang sudi menghantar dan menjemput abah untuk pergi dan pulang ke masjid. Terima kasih pakcik-tak-tahu-nama.
Apa yang kami harapkan, sampai di mekah nanti kesihatan abah akan pulih sepenuhnya. Semoga mereka berdua dan juga jemaah yang lain dapat menunaikan haji yang mabrur.
Ada lagi satu bulan enam hari sebelum mereka kembali ke Malaysia. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.

This week saya akan pulang ke kampung melihat rumah.
Disebabkan mak telefon saya semasa saya sudah tidur dah saya menjawabnya dalam keadaan yang agak mamai, sepanjang malam saya tidur dibayangi wajah mereka dan juga keadaan rumah di kampung, saya tidak tahu mengapa.
-
-
-
-
Saya perlu mula berkerja. Kerja yang banyak membuat saya sering kali letih. Mungkinkah saya memerlukan pil ginseng atau pil gamat. Atau mungkin saya hanya perlu berhenti kerja sahaja. saya tau cadangan yang saya bagi kepada diri sendiri amatlah tidak bernas. bye.


No comments:
Post a Comment