Saya ada juga berniat untuk menyaman siapa siapa yang berkaitan kerana telah menyebabkan gangguan emosi dan juga menyebabkan KOS SARA HIDUP SAYA MENINGKAT.
Ini kerana disebabkan kamu saya terpaksa pergi menonton wayang di tengah-tengah malam. Hanya kerana saya tiada internet di rumah.
Kerana kamu juga, saya asyik keluar dan membeli barang yang tak sepatutnya saya beli lebih di kenali dengan istilah SHOPPING. Hanya kerana tiada intenet di rumah.
****************
JUMAAT
Cik leng jemput di office. Membincangkan pasal internet-gila-macam-nak-bom dalam kereta.
Zila come over to cook for dinner.*Indahnya kawan kawan duk berjiran*
Pas dinner kami decide nak g tengok movie.kerana tiada internet.
Around 10 gerak g Cinneleisure. Tak tau nak tengok cerita apa. Last last kami tengok Angus, Thong and Snogging. pernah dengar tak cite nih??
Apa???
Tak penah?? ish ish ish...
Hahhaha...kitorang pun xpenah. main beli je. Mula mula masuk panggung. Tak de orang.LOL. Nasib baik pas tu ada gak orang masuk. Jumlah penonton malam tu LESS than 20.
Anak anak buahku. Korang jangan harap nak dapat tengok cite nih. Walaupun klasifikasi sebagai U. korang tetap xboleh tengok. kalau tak korang semua mesti menggatal nak cari pakwe-hot-pastu-pandai-main-bass pastu sibuk nak belajar 7 step of kissing. ( 7 step ke zila??)No No No. Remind u. KIDS SHOULD STAY AT SCHOOL.jangan mengada nak bercinta pas tu kena tumbuk pas tu nak emo macam orang nak monopous.
around 2am ++. G makan kat seksyen 14. Balik tido.
SABTU
Bangun.terkenang TIADA INTERNET. oh tidak.
So ikut la Just g petaling street. Hujan lebat masa nak balik. Berlari lari di dalam hujan. Gumbira.hahahha..
Owh saya benci petaling street. sangat.
Kotor.
Orang kat sana kasar A.K.A kurang ajar.
Eh..kotor tu refer pada jalan that we used nak ke parking kereta.
OMG. kedai makan sebelah tu bau busuk gila plus kotor tahap tak boleh nak fikir but masih ada manusia nak makan dengan bau tikus mati ngan longkang tuh????ewwww...
Malam g beli barang dapur kat TESCO. Pukul sembilan lebih baru nak gerak g TESCO. beli barang. G makan kat SS2. Hujan lagi.
AHAD
Check check internet. TIADA LAGI. wth.
Plan nak balik port amik barang. But end up duk melepak kat rumah sebab malas nak keluar plus hari yang gloomy plus macam nak panas mendung sepanjang hari. Kesudahannya duk umah tengok AF3 ulang ulang kali bila dah xde cerita kat semua channel. Sila salahkan internet.heh.
Pas maghrib kuar g mid valley. pas tu terbeli baju ngn baju. Sila salahkan internet lagi.
Sampai umah terus pk esok kene kerja.
p/s: Tiada gambar untuk entry ini kerana semua gambar dalam hanphone zila-yang-malas-nak-transfer.
**************************************
Mak abah nak balik dah khamis malam nih..*teruja teruja*
Mari kita menari kegembiraan. *ewah*


No comments:
Post a Comment