Amaran: mungkin ada yang terasa selepas membaca entry ini. Maafkan kami.
Kami ada seorang kawan. Kawan yang kami kenal sejak dari bangku sekolah rendah. Kawan semasa kami masih lagi baru nak kenal yang cool itu adalah sejuk. Zaman yang saya masih lagi menyorok bawah meja dan menagis macam tak dapat gula gula lolipop setiap kali nampak doktor gigi atau doktor yang nak buat inject rubella. Zaman di mana masih ada kawan kami yang terberak dalam seluar semasa on da way ke tandas. Zaman di mana kami berbasikal untuk kek kelas tambahan dan singgah di rumah Ayu untuk berkumpul. Zaman yang kalau nak ditaip akan makan berzaman nak siap pas tu tak ada orang nak baca pulak. *kesian*
Tapi bukan kisah zaman itu yang ingin saya ceritakan.
Ini kisah kawan kami yang satu itu.
Sejak dari sekolah rendah. Kami memang berkawan. Tidak pasti pula mahu diistilahkan sebagai kawan baik atau tidak. Yang pasti. Kami memang berkawan. Walaupun kami tak berhubung selepas masuk ke sekolah menengah dan juga selepas ke matrik, kami berhubung semula semasa belajar di Universiti. Tapi kami bukan satu universiti. Kami jumpa balik masa mereka membuat reunion untuk sekolah rendah walaupun saya tidak datang, tapi saya jumpa dia selepas reunion dengan seorang kawan juga. Selepas itu, kami terus berkawan. * Attention :as a group of friends yea,bukan kami berdua. Ingat tu Zila.*
Bila raya mereka datang kerumah saya walaupun saya TIDAK pernah pergi ke rumah mereka. yea,saya tahu saya kawan yang teruk. Saya sedar akan itu. *insert emoticon yang ada blush kat pipi*
Baru-baru ini, kawan kami yang satu ini mengkhabarkan bahawa beliau ingin mendirikan rumah tangga. Kami gembira untuk itu.
Yea.
Kami terkejut pada mulanya. Kerana dia masih lagi belajar. Tapi semua perbelanjaan ditanggung pihak isteri katanya. *bertuahnya kamu wahai lelaki, kesiannya kamu wahai perempuan*
Tapi lama kelamaan, mood untuk mempercayai bahawa dia ingin berkahwin makin berkurangan. terlalu banyak benda yang kami ragui. Yea mungkin kami kedengaran agak menyibuk pasal hal ”rumah tangga orang”. Tapi dia kawan kami.
"kenduri rumah aku tu kalau bapak aku tak setuju aku buat sekali je kat rumah perempuan”
Sedangkan kamu sudah hebahkan tentang kenduri itu. Plus kad yang sudah dicetak itu, mahu dihantar ke pusat kitar semulakah?? Cool gila bapa kamu untuk mengcancel kenduri disaat kad jemputan sudah dicetak.
Jangan kamu ingat kami teruja sangat nak tahu pasal kenduri kamu. Mungkin kami kelihatan seperti sangat suka menyibuk untuk tahu pasal perkahwinan kamu. Ini semua kerana persoalan yang kamu sendiri timbulkan.
Tapi percayalah. Tidak akan ada lagi soalan dari kami.
Tak perlu lagi kamu memerli orang lain hanya kerana perkahwinan kamu di sponsor.
Apa kamu ingat menanya tentang siapa yang mensponsor BF kawan kamu makan itu cool?? Nampak sangat kamu menunjukkan kebodohan kamu sendiri. Seperti kamu makan sekarang bukan datang duit pinjaman yang diberi oleh kerajaan. Atau kamu sudah tidak dapat duit pinjaman itu kerana kamu masih tidak grad di kala kawan kawan lain sudah sibuk berhempas pulas mencari rezeki.mungkin.
Apapun.
Kalau betul majlis perkahwinan kamu nanti. Kami ucapkan tahniah.
Cik ayu, saya sangat gembira jika kamu tinggalkan komen terhadap entry ini.
FazSays: Sekarang banyak wanita berkahwin dengan lelaki muda. dan sekarang umur saya 23. adakah bakal suami saya umur 12 dan sedang bermain guli??
Thursday, December 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


~Cubaan kali kedua utk mghantar komen~
ReplyDelete- Mase mule2 bace post ni tahun lepas..
- Rase terharu n sedih sgt..
- Mase tu fikiran dibelenggu emosi
- Tp skarang bile baca buat kali kedua, tiada lg prasaan
- Hanya ingatan pd kenangan2 lame..
- Betul kate faz..
- Hai 'kawan' TIDAK akan ada lg soalan dr kami
~Sorry Faz, komen dihantar stelah 5 bulan berlalu~